Monday, February 20, 2012

basic jaga muka

hye all,

sementara duk tengah tunggu class kul 2 ni, aku ade banyaaaaakk sangat masa nk online..haaaa.. awal2 ni kan belum ade assignment..*tp kalo ade assignment pn bukan aku buat.kekekeke*.. sekarang ni aku risau gilerr pasal muka aq.. makin teruk plak aku rase.. so tengah banyak masa ni, aku pn google la cara nk jaga muka yang paling simple sekali.. sebab aku ni pemalas.. camne tu ek.. risau tp malas.. hmm ape pun xboleh la mira.. google punya google, ni la yang aku rasa paling sesuai dengan aku yang pemalas nii.. so, aku pn nk share la ngan u olls.. benda ni sebenarnya basic jee n for sure ramai yg amalkan bnda ni.. jom sama2 buat benda ni setiap hari..


1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari lagi bagus..bagus gak untuk masalah penghadaman..

2. Sebelum tidoq, basuh muka dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh buat kulit berjerawat n cepat tua..

3. Jangan lupa juga cuci muka sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap. yang ni PENTING

5. Pastikan korang jaga kulit daripada cahaya matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.


sumber: SINI



p/s untuk diri sendiri: silalah amalkan cara2 tu.. kalo lepas ni malas jgk nk amalkan sila jangan nk mngada-ngada cakap risau la, ape laa...kang penampaq utk diri sendiri dapat...


okeh la u ollss....see u again..tata..!!

No comments:

Post a Comment